bila kita dah kerja tu, kita dah ada tanggungjawap tau tak. beban tu satu. yang satu lagi hidup kita. kalau tak kerja, boleh ke kita hidup..susah-susah. dan bila dah kerja tu, bukannya senang nak tanggung, macam-macam dugaan ada. sesekali tu tekanan gila rasa macam nak berhenti kerja pun ada. tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau behenti kerja, nanti nak kerja apa. bil tu bil ini, sapa nak bayar nanti. mahu tak mahu kena lah kerja dan bersua dengan tekanan ni. ish ish ish..betapa susahnya bila kerja ni kan..huhu
sumber Google Image
duit sebab utama kita kerja. orang gila je kerja sebab sukarela. kalau kerja sehari dua tak gaji tu tak payah cerita lah.huhu...kerja apa yang relax ek. ada jugak kerja yang relax, tapi gaji beribu riban. dan ada jugak kerja macam nak gila, gaji ciput je. kes-kes ni yang buat orang tekanan ni. huhu..tapi tu lah, kalau kerja gaji sikit tu bukan salah orang lain. salah kita juga sebab dulu kecik-kecik tak mahu belajar pandai-pandai.hahahahah..yang ni tak boleh nak kata apalah ye..im sorry..
bila kita dah bekerja ni, nak cuti pun payah kan. dulu masa sekolah, ada gak cuti semester, cuti tengah semester dan macam-macamlah cuti peristiwa. tak macam kerja, cuti sikit je. cuti bila cuti awam je. tu pun ada gak sesetengah pekerjaan tak dapat cuti. dugaan..huhu..selamat ada cuti tahun kan. lega sikit..tu pun ada gak tak bestnye..sebab apa, cuti tahun ni dah lah tak sampai 20 hari, pastu tak leh ambil sekali gus pula tu.huhu..sedih oooo..tapi nak buat macamna..kerja je lah..kerja kerja kerja..
itulah lumrah kehidupan. asalkan kerja dapat rezeki yang halal pun cukuplah untuk hidup di dunia dan akhirat. macam ustaz pula.hehe..kerja mana lah tak teruk. semua kerja ada penatnya. so, apa-apa kerja yang kita buat tu, terimalah dengan hati yang terOpen luas..hehe..chill = )
Anda baca Fahmi Suka~~
No comments:
Post a Comment