Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

The Green Hornet (2011) - Sinopsis

Hai readers. Seperti yang anda lihat tajuk di atas, saya akan menceritakan mengenai filem terbaru Hollywood yang berada di panggung USA pada 14 Jan lalu dan dijangkan di tayangkan di Malaysia pada 27 Jan 2011 nanti in 3D dan tayangan normal pada 2 Feb 2011. Mari saksikan filem movie ini.
The Green Hornet diarahkan oleh Micheal Gondry dan watak-watak penting dilakonkan oleh Seth Rogen, Jay Chou, Cameron Diaz, Christoph Waltz and Edward Furlong. Ia adalah filem bergenre aksi dan klasifikasi filem ini PG13.
Sedikit ringkasan cerita ini di mana Britt Reid adalah seoarang anak kepada raja media LA yang menonjol dan dihormat. Ayahnya James Reid bersendirian membina syarikat medianya , tapi sayangnya gen rajin itu tidak ada pada BrittBrit Reid tidak bertanggung jawab, sering mabuk,  sangat suka berparti dan berfoya-foya sehingga ayahnya meninggaldunia secara misteri. Ia secara tidak langsung meninggalkan Britt empayar yang media yang luas.
Brit Reid telah terjumpa dengan salah satu pekerja ayahnya lebih rajin dan inventif Kato dan mereka berkawan baik dalam usaha memajukan empayarnya.  Mereka melihat peluang untuk melakukan sesuatu yang hebat untuk pertama kalinya dalam hidup mereka sekaligus untuk melawan kejahatan. Tidak lama selepas Britt belajar mewarisi perniagaan ayahnya, ia menempa nama dengan Kato, salah satu pekerja ayahnya yang sangat bijak. Meraka bersama-sama merancang untuk berlakon sebagai penjenayah untuk dekat dengan bandar paling tinggi penjahat. Kereta asal mereka dihancurkan dan mereka custom-made, The Black Beauty, dengan mengenakan teknologi dan persenjataan teknologi tinggi serta mereka duo bertopeng memacul di jalan yang di kenali The Green Hornet dan Kato.
Sebagai daya tarikan awam dengan pejuang kejahatan misteri tinggi sepanjang masa, setiausaha Britt's, Lenore Kes , membantu mereka untuk mengumpul maklumat di bawah pengaruh terkenal Benjamin Chudnofsky, seorang penjahat yang memegang seluruh kota ditangannya, dan mewakili semua yang ayah Britt miliki sebelum ini. Mereka mulai memburu Benjamin Chudnofsky tetapi Chudnofsky mempunyai rancangan sendiri dengan untuk melawan The Green Hornet dengan satu saja yang akan menamatkan mereka. 

Di sini saya sedia trailer filem ini. Jom saksikan.
So, untuk kepuasan diri sendiri, nantikan filem ini ditayangkan. Mari kita beramai-ramai pergi menontonnya. Kasi pecah panggung!!

Friday, January 14, 2011

Filem Khurafat (2011) - Sinopsis


hai readers..seperti yang anda sedia maklum, filem terbaru bertajuk Khurafat telah rancak ditayangkan di seluruh panggung wayang Malaysia. Ia bermula pada 13 Januari 2011 lepas. Filem khurafat ini bergenre seram yang di bawah penerbit Skop Production. Filem ini diarahkan oleh pengarah muda iaitu Shamsul Yusuf.

Filem ini berkisar tentang perjanjian manusia dengan syaitan yang sama sekali dilarang Islam. Antara barisan pelakonnya ialah terdiri dari pengarahnya sendiri iaitu Shamsul Yusuf. Lain-lain seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi.

Sedikit sinopsis dari sumber blogging menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan. Ia sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci Islam. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah serta disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

* so, ada berani ke pergi menonton filem seram Khurafat ini. Mudah-mudahan kita lebih insaf selepas menonton cerita ini. Amin.

Saturday, November 20, 2010

Sinopsis - Rapunzel 2010 (Tangled Tale) Animasi 3D

Hai readers.. back again..skang time cuti je..cuti semester cuti sekolah..cuti keja pon ada gak hujung2 tahun ni..kalau time2 cuti ni mesti akan kuar movie yg best..tapi skang movie utk budak2 Rapunzel Tangled Tale..tapi jgn ingat utk budak2 je..org besar pon boleh maa..hhahaha

U all semua ingat lagi cita dongeng tentang putri cantik yang dikurung dalam sebuah menara yang sangat tinggi oleh penyihir?
Menara dengan sebuah jendela itu membuat tidak ada seorang pun yang boleh naik mahupun turun untuk menemui sang putri. Yup, ini adalah dongeng Rapunzel, sang putri dengan rambutnya yang sangat panjang.
Sedikit sinopsis filem Rapunzel Tangled ni, ianya mengisahkan seorang puteri yang berambut panjang bernama Rapunzel yang menghabiskan seluruh hidupnya tinggal dalam sebuah menara. Namun pada suatu ketika, dia jatuh cinta dengan seorang pencuri. Dan bermulalah pengembaraan si Rapunzel ke dunia luar yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Cita ni adalah cita yg diadaptasikan dari sebuah buku cerita utk menjadi sebuah filem yang bertajuk, Rapunzel. Cita ini merupakan kisah klasik dari Disney yang akan dikeluarkan dalam format animasi 3D. Skang zaman dah canggih..nak tgk movie pon mestilah canggih..dlm bentuk 3D.

Filem Animasi ini, A Tangled Tale arahan Nathan Greno dan Byron Howard. Rapunzel ni dibintangi menggunakan suara oleh Mandy Moore, Zachary Levi and Donna Murphy.

Untuk maklumat, sebenarnya filem ni belum lagi ditayangkan di pawagam di Malaysia. Tarikh tayangan filem Rapunzel adalah pada 25 November 2010 untuk Malaysia sahaja.