
U all semua ingat lagi cita dongeng tentang putri cantik yang dikurung dalam sebuah menara yang sangat tinggi oleh penyihir? Menara dengan sebuah jendela itu membuat tidak ada seorang pun yang boleh naik mahupun turun untuk menemui sang putri. Yup, ini adalah dongeng Rapunzel, sang putri dengan rambutnya yang sangat panjang. Sedikit sinopsis filem Rapunzel Tangled ni, ianya mengisahkan seorang puteri yang berambut panjang bernama Rapunzel yang menghabiskan seluruh hidupnya tinggal dalam sebuah menara. Namun pada suatu ketika, dia jatuh cinta dengan seorang pencuri. Dan bermulalah pengembaraan si Rapunzel ke dunia luar yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Filem Animasi ini, A Tangled Tale arahan Nathan Greno dan Byron Howard. Rapunzel ni dibintangi menggunakan suara oleh Mandy Moore, Zachary Levi and Donna Murphy.
Untuk maklumat, sebenarnya filem ni belum lagi ditayangkan di pawagam di Malaysia. Tarikh tayangan filem Rapunzel adalah pada 25 November 2010 untuk Malaysia sahaja.
No comments:
Post a Comment