Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Bulan paling cerah abad ini


hai readers..readers tak rasa sejuk ke malam ni.. kenapa ya FB cakap camtu. haa tengok tajuk entry pun boleh tahu kan. "bulan tercerah sejak 140 tahun" SubhanaAllah. kuasa tuhan.apa-apa ja boleh berlaku. tapi kalau nak ikut pandangan saintis, ini disebabkan jarak antara bulan dan bumi semakin hampir. sebab itulah berlaku Tsunami. memang Tsunami terjadi disebabkan gempa bumi, tapi air pasang surut adalah disebabkan pengaruh bulan juga. betul tak? jarak yang semakin hampir menyebabkan air laut berayun kuat dan ditambah gempa bumi jadilah Tsunami..apalak hikmah disebalik kejadian ini..

emm cuba pergi kat luar. cerah macam siangggg..ajaib. semakin lama semakin cerah plak.cantik pun cantik. ada yang kata waktu magrib tadi lagi cantik..FB tak sempat tengok plak..huhu..kuasa tuhan apa-apa boleh terjadi. bulan bulat sebulat-bulatnya. sesapa yang kuar tengok tu, hayatilah puas-puas k. amik gambar ke. jarang berlaku ni..hehehe =)

Memang seminggu dua ini macam-macam kejadian berlaku. FB memang takut. Di tempat FB ni, ribut dah dua kali berlaku. tak pernah-pernah kot. petanda apa ni. nak cakap pasal kiamat, yak tahu. tapi kiamat bila-bila boleh berlaku. takutt..kejadian malam ni pun dah kira ajaib dah. sejak 140 tahun kot. kenapa berlak di era FB. memang cuak.huhu..readers sekalian dah tengok ke bulan kat luar rumah tu. cepat-cepat sementara masih berpeluang..

*apakah hikmah disebalik kejadian semua ini.

Anda Baca Fahmi Suka~~

Tuesday, March 15, 2011

Loji nuklear meletup tambah satu lagi bencana dunia..


hai readers..apa dah jadi dengan dunia sekarang. satu demi satu berlaku. sekarang seluruh dunia gempar dan berasa takut dengan bencana yang berlaku ini. apakah petanda di sebalik kejadian ini. apakah hikmah disebalik kejadian ini. setelah tsunami dan gempa bumi, dunia digegarkan lagi oleh satu lagi berita iaitu kemalangan di loji nuklear Daiishi, Fukushima, Jepun.

Bahayanya mengenangkan kembali kemalangan Chernobly di Russia yang meragut nyawa ramai penduduk akibat kesan loji nuklear meletup. untuk kemalagan di Fukushima, bahayanya dinilai pada enam daripada tujuh mata skala antarabangsa bagi kemalangan nuklear.menuerut sumber berita tempatan, Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste, berkata kejadian Chernobyl adalah tertinggi dengan tujuh mata manakala kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania pada 1979 mendapat lima mata. Agensi Keselamatan Nuklear Jepun menjangkakan kejadian di Fukushima kini berada pada peringkat keempat.

apa yang merisaukan, kesan daripada meletupnya loji nuklear itu ialah udara di selubungi udara-udara tercemar dari loji itu. sedikit sebanyak ia akan mendatangkan kesan buruk kepada udara serta hujan beracid. penduduk didunia dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga apabila terkena hujan dalam masa terdekat ini. walaupun jarak loji itu jauh, tak mustahil kesan kemalangan itu masih ada..
so, beringatlah..
                         gambar menunjukkan loji nuklear Daiichi, Fukushima, Jepun Meletoppppp

* apa dah jadi..apa dah jadi..
Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, March 14, 2011

berita harian kena kutuk dengan CNN..

hai readers..kontroversi melanda malaysia. kenapa ini berlaku?  bencana tak henti-henti berlaku. adakah malaysia  terkena tempias Tsunami di Jepun. tapi malaysia bukan diserang Tsunami macam Jepun kena serang, tapi malaysia dikutuk CNN disebabkan akhbar malaysia iaitu berita harian mengeluarkan gambar kartun mengenai tsunami.

Gambar ini menimbulkan isu kerana bencana Tsunami telah banyak mengorbankan harta benda di jepun sekarang. ia agak sensitif dan perit untuk diterima oleh jepun. Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di  dalam Berita Minggu untuk keluaran hari ahad. ia memaparkan Ultraman superhero popular di Jepun lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar. ia semacam memerli Jepun tentang di mana superhero mereke semasa mereka memerlukannya.

selepas itu ramai rakyat malaysia agak kesal dan ada juga yang mahu memboikot akhbar tempatan itu. mereka telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka melalui facebook  dan Twitter. kontroversi ini sedikit sebanyak memalukan malaysia kerana seolah-olah tidak mengambil berat tentang Jepun yang dilanda bencana.

*ni lah gambarnya. sedih - sedih..malaysia turut terkena tempias Tsunami Jepun..huhu

Anda Baca Fahmi Suka~~

Shah Alam dilanda Ribut kencang


hai readers..FB nak mengeluh ni. takut pun ada. Apa dah jadi dengan dunia ni?? tak abis lagi cita pasal bencana gempa bumi dan Tsunami di Jepun, di malaysia pula ada bencana. alhamdulillah tak seteruk di Jepun. Ni haa Shah Alam petang tadi di landa ribut taufan yang agak Dasyat juga lah. Ribut ditambah dengan hujan yang lebat memburukkan lagi keadaan. sesiapa yang sedang memandu semasa ribut, mesti GOYANG punya.hahaha

Emm tak pernah lagi FB rasa sekencang ribut ni. semasa ribut berlaku, FB berada di UiTM, ada kelas.hehehe..perasaan takut tu ada lah memikir nak balik rumah nanti macam mana. mujurlah ribut dan hujan hanya seketika. lega sikit.hehehe.. kemalangan jiwa mungkin tiada tetapi yang menyedihkan banyak kemalangan seperti pokok tumbang, wayar elektrik putus. FB dapat lihat didalam UiTM banyak pokok-pokok tumbang mehempap jalan. mujur tak hempap kereta. pagar holding dekat site semua terbalik FB nampak. kesian dekat mat-mat indon nak kena set up lain.  traffic jem jangan katalah. penat menunggu koy.kesian..huhuhu.. apakah tanda ini semua. dalam seminggu macam-macam berita bencana kita dengar. takut seram semua ada.huhu~~

*doa-doalah semoga kita selamat...

Anda Baca Fahmi Suka~~~ trademark baru FB =)

Friday, March 11, 2011

Petanda 2012 Semakin Hampir - Tsunami di Jepun

Hai readers..semalam satu dunia digemparkan dengan berita Jepun diserang oleh Tsunami raksasa. pada entry lepas FB sudah menceritakan tentang tsunami yang menyerang Jepun susulan gempa bumu bersaiz 8.9 scalar Richter. Mengejutkan, menyeramkan, menyedihkan, menakutkan bagi FB setelah mendapat tahu berita ini. mana tak nya, terfikir adakah tsunami ni akan menyerang Malaysia tanah tumpah darah FB ni? adakah gempa bumi bersaiz raksasa ni turut member kesan terhadap Malaysia? seribu soalan bermain difikiran FB. FB di malaysia dah rasa macam ni, apatah lagi orang di Jepun sana..cuba kita fikirkannya..!!



Persoalannya sekarang sejauh mana kesan gempa bumi ini terhadap dunia. sejak setahun dua ini, timbul bermacam-macam ramalan tentang bencana akan menlanda dunia. yang paling kencang bertiup semestinya RAMALAN DASYAT BENCANA 2012. adakah gempa bumi dan tsunami ini adalah petanda bencana 2012 semakin hampir. mesti ada ya berkata ya dan pastinya ada yang tidak mempercayainya..!! Seperti yang kita tonton dalam filem 2012, bencana yang memusnahkan dunia adalah banjir besar yang menenggelamkan serta memusnahkan apa saja. agak terbukti tsunami adalah bencana yang sama dengan bencana 2012 yang diramal ini..! sudah dua kali tsunami menakluk dunia di era tahun Millennium. adakah tahun 2012 sudah hampir dengan kita dan apakah kajian yang telah dibuat. kajian memang boleh dibuat tetapi takdir ALLAH semestinya kita tak dapat menghalang. danyat kan??

Jepun tidak dinafikan salah sebuah negara yang maju pesat dari pelbagai aspek. tetapi adakah meraka dapat menembalik bencana ini dengan teknologi pesat mereka?? sudah tentu tidak bukan. bahkan gempa bumi dan tsunami ini telah memusnahkan tenologi mereka seperti airport, bangunan canggih serta kereta mereka. di sini FB sertakan video untuk readers tonton.



*di mana Ultraman? tidakkah Ultraman datang membantu jika keburukan berlaku di jepun? sempat lagi berjenaka. hehe