Malam nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Nisf bermaksud separuh dimana ia berlaku pada tengah-tengah bulan syaaban. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Oleh itu kita digalakkan untuk beramal serta beribadah pada malam nisf syaaban ini. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Fadhilat Nisfu Syaaban
i.Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali[perlu rujukan] pada malamnya.
ii. Mengadakan Qiamullail.
iii.Berpuasa pada siang harinya.
No comments:
Post a Comment