Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Kereta Saya Lebih Hebat Dari MyVi Extreme 1.5


Hai readers..malas nak cakap banyak..tengok je k..betul tak FB cakap kerete FB lebih hebat dari Myvi Extreme 1.5...jangan jealous k..hehehe


Ye Neo..ni lah kereta FB..haha..lebih CC, lebih murah, lebih gagah, lebih elegance,  dan stylo..hahaha. bangga dengan kereta sendiri ni..dan baru jiwa muda sikit kalau ada Satria Neo ni..hehehe..

Mood : Tayang Kereta

Wednesday, June 1, 2011

tarikh Myvi 1.5 keluar

Sumber Googel Image 

hai readers.. ok ke. dah check kereta ke. servis dah ke belum. FB ni suka sangat tulis entry pasal kereta kan.nak buat macamna dah minat kat kereta. hehe..emm sebelum ni FB ada tulis entry pasal myvi 1.5 bakal keluar ni. bilanya tak tahulah.  hari tu FB cakap april kan.  tapi sekarang FB dengar yang terkini punya JULAI atau SEPTEMBER lah pula. nak bagi tarikh yang tepat tak boleh lah ye. nanti tak jadi kena hentam pulak..hahaha..mesti ramai yang frust kan. terutama sekali kepada yang sedang tunggu untuk angkat Myvi 1.5 ni. sabar ye..tak lama dah ni. hehe

lambat bukannya apa, Perodua tengah buat ujian ni. ujian kena buat lama-lama dan teliti. nak keluarkan produk yang terbaik mestilah kena check sehabis mungkin. lepas ni keluar mesti meletup gila punya. haha..kelainan pada Myvi 1.5 ni ialah ia lebih sporty, bergaya, mewah dan kemas. nampak gagah dan tegar semacam kereta luar negara gitu. haha..FB nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga. tunggu dan lihat sendiri lah ye. tapi apa yang pasti myvi 1.5 ni harganya mesti mahal pada myvi sekarang.hehe..tak kisah lah mahal, janji padan dengan harga dan berkualiti..

Anda Baca Fahmi Suka~~

Sunday, May 15, 2011

satria neo berada dalam genggaman

sumber Google Image

hai readers.. FB update blog ni.hehe.. hari-hari sebagai blogger(blogger ker) tetap diteruskan walaupun sekarang FB tengah praktikal sekarang..untuk korang semua dan blog tercinta, FB akan update je. hehe..haa kali ni FB nak cakap pasal kereta lagi. setelah banyak kali gak lah tulis entry pasal kereta tanya pendapat, akhirnya kereta idaman FB akan sampai tidak lama lagi. bukan secondhand sebagaimana yang FB bincangkan sebelum ini. tapi baruuuuuu.. satria neo baru kot..hahaha..tak sabar dah ni nak tunggu dia keluar. bilang hari je ni..hehe

 adakah FB terlalu awal memiliki kereta? mesti yang ramai akan kata awal. yelah FB ni kan muda lagi. belajar lagi. kerja pun tak. dah lah kereta ni loan je. kereta baru mestilah kena loan. mana mampu nak bayar cash. tapi tak keja lagi macamna boleh buat loan? haha.. semua sebab kawan abah FB tolong kira. nak kata dapat murah tu tak lah. tapi komisyen yang salesman dapat, dia pulangkan balik. bulan-bulan tu, pakai duit FB gak. cukup lah kot sebelum nak dapat kerja. FB belajar pun dah nak habis. harap-harap semua ok..tapi ok lah tu kan..kereta baru..hehehe..

sebelum ni FB nak ambil kereta secondhand, tapi bila kawan abah FB ni bagi penerangan yang memang sangat-sangat boleh pakai, terus FB yukar fikiran ambil kereta baru. memang betul apa yang kawan abah FB ni cakap. orang berpengalamanlah katakan.. minta-minta lepas ni semuanya berjalan dengan lancar. tengah tunggu kereta sampai ni. hehe..seronok tak terkira..hahhaha

Tuesday, April 26, 2011

Rupa Perodua Myvi 1.5 Yang Baru..


hai reader..sihat ke..kepada sesiapa yang selalu baca entry berkenaan kereta, ni ada lagi satu entry yang FB update. selalu FB kereta yang FB bincangkan model Proton kan. tapi kali ni FB nak cakap pasal Perodua pula. Perodua MyVi adalah model terlaris di Malaysia dan paling banyak dijual setakat ini. biasalah, bila dah laris dan berjaya dipasaran, mesti lah perodua nak upgraded bagi memantapkan lagi pasarannya. kalau tak berjaya, mesti berkubur dah myvi. hehehe

Myvi yang ada sekarang hanyalah berkapasiti 1.0 dan 1.3. tapi kali ini perodua dah upgraded menjadi 1.5 disebabkan permintaan ramai dan sambutan yang menggalakkan terhadap model ini. pasni FB rasa mesti bertambah laris model ni. tapi sekarang, mesti ramai tengah tertanya-tanya bagaimana rupa dan bentuknya kan. hehe. tapi sekarang pun kita boleh bayangkan macammana rupa Myvi baru ini. mungkin macam daihatsu passo. kita sedia maklum yang perodua bekerjasama dengan syarikat daihatsu, jadi tak hairan lah model perodua akan ada iras-iras daihatsu. hehehhe..

emm tarikh pelancaran masih belum diketahui. tapi dalam tahun 2011 lah. bulan tu tak pasti lah pulak. ada yang kata april, tapi ni dah nak masuk mei dah ni..kita yunggu je lah ye..hehehe..harga dia mesti akan naik sedikit berbanding dengan  harga myvi yang asal. ini disebabkan CC dia di upgraded menjadi 1.5. pada FB harga dia dalam lingkungan RM 55-60ribu camtu lah..tapi tak apa mahal. sebab akan dapat myvi yang lebih berkuasa berbanding myvi lama. dari segi petrol, kena naik dulu. keluar pun belum lagi ni.hahaha..sabar ye..

apa yang FB dapat semasa mencari-cari pasal myvi baru ni, rupa dia memang ada banyak perubahan. tapi masih kekal dengan bentuk compact dia tu. facelift, lampu,spoiler, dan bahagian belakang mengalami perubahan yang bagi FB nampak lebih ganas dan macam kereta mahal.




  Rupa hadapan Myvi. Facelift comel sikit. namapak gempak macam kereta mahal.hehehe

Rupa belakang MyVi


jadi camna. puas hati. ada rasa nak memliki myvi yang baru ni tak. gambar mungkin nampak tak bapa cantik. tapi dekat luar nanti, mesti bertambah kemas dan elegan. nantikan ye...versi myvi 1.5 baru..heheheh

Anda Baca Fahmi Suka~~

Wednesday, April 20, 2011

Satria Neo atau Gen2/Persona..Pilihan Anda?

hai readers..camna hari ini. ok ke? ada masalah? em FB hari ni nak bercerita pasal kereta pula. semua orang inginkan sebuah keretakan. tipulah kalau tak ada orang yang tak mahu memiliki kereta.bagi FB, dari kecil lagi FB dah memasang impian nak ada kereta. hari ini sebabnya FB memang tengah mencari sebiji ni.hehehe..korang pun mesti ada impian masing-masingkan. jom lah share kat sini..FB memang nak tanya pendapat korang dan expert2 di luar sana...

ok sekarang  kitas terus ke tajuk entry ye..hehe..melalut pula..kereta yang menjadi tajuk entry hari ini FB specifik kan kepada model proton iaitu Satria neo atau Gen2 or Persona (bagi FB sama je model gen2 dan persona) so, mana satu ye..FB nak tanya ni, kalau korang diberi pilihan, model kerete mana yang korang akan pilih antara dua ni.

kenapa ye FB hanya state dua model ni je. ni kerana harga dipasaran bagi dua model memang tidak terlalu mahal dan FB agak mampu memiliki salah satu. tu pun secondhand je. huhu..selain itu dua model ni memang sesuai bagi orang muda macam FB dan readers semua. ia akan nampak lebih gagah dan elegan kalau kita pandai ubag suai model ni. tapi FB agak runsing memikirkan mana satu yang paling terbaik untuk dijadikan pilihan FB.huhu. ada cadangan tak??

dari performance lebih kurang sama kerana tahun keluaran model ni bermula pada tahun 2004 bagi Gen2 dan 2005 bagi Satria neo. enjin kedua-dunya memakai enjin Campro buatan proton. cuma yang FB sedikit kurang tahu adalah perbezaan dari segi keselesaan dan kestabilan dua model ni..kelajuan standard lah kan. tak kan kita nak pecut top speed pula. mesti kita nak jaga kereta jugak kan. selain performane enjin dan dalaman, dua model ni akan nampak stylish dan elegan kalau pemilik pandai mengubah suai kereta. ia amat sesuai kepada golongan muda yang minat dari segi modifikasi ini. macam FB memang FB minat lah kereta-kereta macamni. jiwa muda dan kental. hahahha..so readers, macamna sekarang? minat mana lagi ye??

Satria Neo.


GEN2.

Anda Baca Fahmi Suka~~ 

Thursday, March 31, 2011

Proton Satria 4 pintu

hai readers..em sapa dah ada kereta ek..FB nak pinjam boleh tak? hehehe..bagi remaja mcm FB ni (remaja ker), mesti suka kereta sporty kan. lelaki semestinya. betul tak? em satria keta malaysia yang menjadi kegilaan ramai muda mudi di Malaysia. yg baru ke 2ndhand ke, bercambak kat atas jalan..kan kan..

tapiiii, proton satria 2 pintu je kan..stengah orang mesti tak suka sangat kan. tapi setengah orang mesti lagi suka. sebabnya baru nampak sporty. betul tak. tapi korang pernak tak bayangkan macamna rupa satria 4 pintu..emmmmmmmmmmm..macam keta mana ek. myvi? swift? mungkinkah?? hahahah..


kalau 4 pintu, mesti orang dah bkeluarga mahu beli kan. confirm punyalah..sporty tetap sporty, macam latio kat bawah ni..bentuk lebih kurang satria kan..emm bagi pendapat FB, FB lebih suka satria 4 pintu..jangan marahhhh..hehehe





*macamna pendapatkan korang. tinggalkan comment ye..hehehehe

Wednesday, March 30, 2011

Tips membeli kereta terpakai..

hai readers..FB ada sedikit info dan tips kepada siapa yang mahu mencari kerete terpakai. sebelum kita beli mesti kita ken atahu performance dan ok ke tak. walaupun secondhand, nak juga rasa berbaloi. betul tak.hehe..ni tips dia.

Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
? SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
? JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
? TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
? KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
? KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Petikan daripada Berita Minggu
2 Oktober 2005

Friday, March 18, 2011

satria vs savvy vs kancil..mana lebih ok??

hai readers...kali ni FB nak tanya pendapat readers sekalian. harap-harap boleh beri kerjasama dan tolong FB. FB perlukan pendapat orang ramai.huhu..FB cuma nak tanya pasal kerete. FB nak beli kereta. tapi secondhand jelah. tapi faham-faham jelah kan.kereta secondhand ni suka buat hal. so kenalah buat pilihan terbaik. sebab tu lah FB nak tanya readers sekalian kot2 ada yang pakar bab-bab keta ni.

emm antara satria, savvy, kancil mana paling ok? haa mesti readers nak tahu kenapa FB hanya sebut kereta jenis je. sebabnya jenis-jenis ni lah yang paling murah pun. kalau kita pandai cari, kereta mesti dalam keadaan baik lagi. tapi tu lah pasal, susah kot.huhu..FB ni tak banyak duit dan tak mampu beli keta mahal-mahal. kereta jenis ni je mampu.

                                                          Satria

                                                      Savvy

                                             Kancil

*antara tiga ni mana yang readers suka. boleh bagi sebab kenapa pilih tu x?? hehe.tq

Anda Baca Fahmi Suka~~

Sunday, October 17, 2010

Proton Inspira -Smart Guys Get it..Kereta Idaman Ku..


Hai readers...baru2 ni proton telah melancarkan model baru yang pasti akan memuaskan hati pelanggan. Kereta yang di beri nama Proton Inspira boleh mula ditempah di mana2 cawangan Proton Edar. Harga starting ialah rm79888..Memang tak dinafikan harganya agak meningkat berbanding waja..tetapi jika di ambil kira teknologi baru serta modifikasinya, saya yakin pembeli pasti amat berpuas hati..saya?? confirm akan beli nanti..

Pada majlis launching inspira ni, proton hanya hanya memaparkan bahagian facelift nya sahaja..bahagian belakang mungkin dipaparkan utk kereta pertama yang dipandu.. Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Apa yg membuat saya tertarik kerana ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.

berikut senarai harga proton inspira mengikut kelasnya...


Apa komen readers?? sy boleh katakan ia adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.

apa tunggu lagi..yang mampu sambaq trus lah..memang berbaloi rasanya..lgpun kira boleh tunjukkan support kita pada product made in MALAYSIA..hahahahah..check it out..!!!

Wednesday, August 18, 2010

savvy vs myvi..


Proton Savvy

i. Sebuah rekaan yang berkaitan dengan workmanship yg bagus. kerjasama ngan lotus. bahan yang amat kualiti, interior design yg simple dan menarik.

ii. Dilihat dari respon awal, savvy mendapat sambutan yg memberangsangkan kerana ketahanannya.bodynya yg kukuh menjadikannya kereta kecil paling tahan sekali.

iii. Menggunakan enjin proton dgn rekaan baru dgn kerjasama lotus. Perhatikan Toyota, Nissan dan Honda, part mereka susah utk kita dapatkan kerana kualiti dan original.sekarang status proton setaraf dgn mereka..


Perodua Myvi

i. Myvi betul2 di uji dan di kaji semasa atau selepas production run oleh engineer bstatus profesional iaitu JAP.

ii. Boleh meminta warna yang terbaik dari local assemblers or manufacurers. kereta lain jarang mempunyai keistimewaan sebegini.

iii. spesifikasi yang lebih tinggi daripada Proton Savvy utk modifikasi atau aksesori tambahan.

iv. Nilai jual balik tetap tinggi kerana Perodua menjadi sebahagian dari Toyota
Motor Corp, Jepun.

Monday, August 2, 2010

Waja Replacement Model


Proton Holdings Bhd expects to launch a new sedan model before the end of this year to replace the Waja. All the preparations have been done. Proton hope to launch it in the last quarter of this year of 2010. Now Proton are working with other original equipment manufacturers.

According to market talks, the new model will display a copy of version Mitsubishi Lancer 2.0 GT but use the engine with a capacity of slightly smaller 1.8-litre. It is believed that the Mitsubishi feature in Proton is the result of development engineering cooperation between Proton and Mitsubishi Motors Corporation, which is also a shareholder.

Believe it or not, the new Waja Replacement is getting near to its launch. Although it is not official yet, so many news regarding this new awaited Waja Lancer are spreading throughout the internet. And the latest was this poster, which should be internally circulated, but managed to be leaked to internet. Even though the status of the poster does not confirmed that it is the much said Waja Replacement, but we can all guess that it is the said model, unless Proton is going to launch another new Sedan.

Wednesday, July 21, 2010

New Proton Waja 2010 ??? Guess it looks..



hai readers..ok ke x ok??..hari yg relax skit bagi aku hari ni..hehehe..so ada lah masa nak berblog2 ni..haha..tapi nak nak write blog ni susah jugak.maklum lah baru lagi..idea kadang2 terbatas sgt..tapi utk arini ada lah skit info aku nak share..tp mungkin info ni dah lama..tapi bagi yg masih x tahu lagi,,bleh lah check out this topic..Korang nanti dah besar mesti tingin nak pakai keta kan..keta jenis apa korang nak guna ye?? mesti keta import je pkir..haha..skang byk gak keta luar yg mampu kita ada.toyota, honda, nissan, kia and byk lagi lah.. kemasukan market2 keta import ni buat malaysia kurang skit.tp kurang2 pun penuh gak kat jalan tu..hahha

Kalau korang nak tahu Proton akan lauch model baru utk proton waja..sama mcm saga lama jadi saga baru tu..tapi kali proton waja replacement ni dgr kata nak compete ngan keta2 luar yg mendapat perhatian pengguna..hehe..skema ayat..proton waja replacement ni kuar akhir tahun ni..tapi xtau lah.rumours byk sgt..huhu..rupa dia aku sendiri pun xtau mana satu..Takat ni yang aku tahu,,proton corporate ngan mitsubishi.pengeluar keta terkemuka kat Jepun..xkan korang atahu kot..hahaha..bila pkir2 balik,,kalau proton corporate ngn mitsubishi,,mesti rupa waja replacement ni ada iras2 keta diorang..betul x..mungkin skit tapi ada gak kan..hehhehe..tapi aku nak tunjuk korang rupa mirip yang mungkin akan jadi keta kebanggaan kita.hehe..


nampak gagah elegan je..hhehehe..korang rasa rupa dia akan jadi mcmni x nnt..hhehehe..rupa mcmni mcm cnfirm ja kan..ada iras waja lama tapi kelainan tu byk gak lah..ni pendapat aku je..hehehe


aku xminat sgt rupa mcmni..huhuhu..


kalau rupa mcmni,,cnfirm2 lah aku akan ada 1 nnt..hahhaa..bkn aku ja..semua malaysian trutama2 laki mst bduyun2 p beli..hahaah..rupa mcmni mmg aku tabik spring punya..tapi xkan proton nak tiru sebijik kot..xlogik gak..rupa mcmni mungkin x..huhu

Friday, July 16, 2010

GE Electric Vehicle To charge

The Californian studio Fuseproject, directed by the designer Yves Béhar recently drew “GE Wattstation”, a station to reload the cars electrically. Thought to be flexible and design, this project is revealed into visual in the continuation of the article. .gallery { margin: auto; } .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width:

Monday, July 12, 2010

Citroën Metropolis Concept

Voici les 1ères photographies du dernier concept-car de Citroën, un bolide d’une longueur de plus de 5 mètres aux lignes séduisantes. Un projet mené par l’équipe basée en Chine, présenté au Pavillon Français du Shanghai World Fair. Une série de visuels à découvrir dans la suite. .gallery { margin: auto; } .gallery-item { float: left; margin-top: 10px;

Renault Dezir Concept

Après la voiture Mercedez SLS AMG, voici le nouveau concept-car de la marque Renault : la coupée sportive et compacte DeZir. Un moteur électrique en position centrale arrière et un design dynamique doté d’une couleur rouge vif pour ce coupé deux places de 4,22 m de long. .gallery { margin: auto; } .gallery-item { float: left; margin-top: 10px;

Flying Car

La compagnie aérienne Terrafugia présente ce modèle d’avion-voiture, bientôt en production. En 30 secondes, cet avion devient une voiture dont les ailes se rétractent et se plient. Catégorisé comme un appareil volant léger, il peut accueillir deux personnes et coûtera 200 000 dollars. .gallery { margin: auto; } .gallery-item { float: left; margin-top: 10px;

Sunday, July 11, 2010

Bugatti Veyron Super Sport

Coup de projecteur sur la dernière Bugatti Veyron Super Sport. Un modèle avec des lignes séduisantes et un fort caractère : cette splendide voiture a offert un record de vitesse à plus de 431 km/h. Elle sera présentée pour la 1ère fois au public au concours de Pebble Beach. .gallery { margin: auto; } .gallery-item { float: left; margin-top: 10px;