Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan datang kembali - Selamat Berpuasa

hai readers..bulan ramdhan akan menjelma tidak lama lagi. bermula malam ni jemaah Islam pasti berpusu-pusu ke masjid untuk solat terawih. harap-harap korang yang baca ni pun sama ye. hehehe..Selamat menyambut bula ramadhan FB ucap kan dan Selamat Berpuasa..hehehe

berblogging berblogging jugak. tapi kita kena ingat, time bulan ramadhan ni lah kita kena pertingkatkan amalan-amalan ibadat kita. sebagaimana bertungkus lumusnya kita berblogging, macamtu jugak lah kita kena beramal ibadat. hehehe..

malam ni mari kita meramaikan masjid k untuk solat terawoh. lepas tu kita tidur awal sebabnya yang pasti kita kena bangun awal untuk bersahur. sebelum tidur jangan lupa niat k. kepda sesiapa yang lupa ni FB nak peringat..Lafaz niat puasa Ramadhan ialah

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

untuk niat sebulan ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Salam Ramadhan dari FB =) Selamat Berpuasa. jangan ponteng puasa ye dan selamat beramal =)

Thursday, September 2, 2010

Monday, August 23, 2010

Fadhilat Solat Terawih

FADHILAH SOLAT TARAWIH

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali


Askum..Ramadhan kembali pada tahun 2010 dan aka bermula pada Rabu, 11 Ogos dan akan terus selama 30 hari sampai hari Khamis, tanggal 9 September. Bermula pada tarikh ii umat Perhatikan bahawa dalam kalendar Islam, bercuti bermula pada matahari terbenam Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan ini.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Walaupun Ramadhan selalu pada hari yang sama dalam kalendar Islam, tarikh di kalendar berubah dari tahun ke tahun. Ini kerana kelendar gregory adalah kalendar matahari dan kalendar Islam adalah kalendar lunar. Perbezaan ini bererti bergerak Ramadhan dalam kalendar Gregory sekitar 11 hari setiap tahun. Tarikh Ramadan juga boleh berbeza dari satu negara ke negara, bergantung pada apakah bulan sudah kelihatan atau tidak.

Tarikh yang diberikan di sini adalah berdasarkan tarikh yang dipertimbangkan oleh Lembaga Fiqih Amerika Utara untuk merayakan Ramadhan. Perhatikan bahawa tarikh-tarikh tersebut didasarkan pada perhitungan astronomi untuk mengesahkan setiap tarikh, dan bukan pada sebenarnya pengamatan bulan dengan mata telanjang. Pendekatan ini diterima oleh banyak orang, tapi masih hangat diperdebatkan.

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaaban..Mari Beramal

Malam nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Nisf bermaksud separuh dimana ia berlaku pada tengah-tengah bulan syaaban. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Oleh itu kita digalakkan untuk beramal serta beribadah pada malam nisf syaaban ini. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Fadhilat Nisfu Syaaban

i.Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali[perlu rujukan] pada malamnya.
ii. Mengadakan Qiamullail.
iii.Berpuasa pada siang harinya.