Showing posts with label Bola-bola. Show all posts
Showing posts with label Bola-bola. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Aum! aum! aum! kembali kedengaran..Harimau Malaya Bangkit

Gol Kemenangan Menentang Thailand yang di jaringkan Izzaq Faris Ramlan
Sumber Google Image

Hai readers..jom aum aum ramai-ramai. yelakan sejak Malaysia tundukkan Thailand 2-1 rabu lepas, semangat bola sepak Malaysia naik balik tau.. misi nak mempertahankan pingat emas tak lagi mustahil.

emm tapi apa yang FB tak puas hati sangat, Kumpulan A yang termasuk Malaysia ni, punyalah susah. memang maut lah. mana taknya, semua gergasi Asia Tenggara. Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura..Kumpulan B pula hanya Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar. biasa ja kan.. tu lah, nama pun undian..terima je lah..

Sekarang Malayasia dah empat mata hasil perlawanan dengan Singapura dan Thailand. tiga mata lagi mungkin ada di tangan dengan lawan seterusnya ialah Kemboja. atas kertas memang nampak mudah tetapi kita tak boleh  pandang mudah gak..hehehe.apa-apa pun ayuh Harimau Malaya...lepas Kemboja tuan rumah Indonesia plak. yang ni memang perlawanan genting. kalau menang dengan Kemboja, seri pun jadilah dengan Indon.. tapi harap-harap Thailand vs Singapura seri juga.hahaha..

Dapat jadi naib juara kumpulan pun tak apa dah..kalau juara kumpulan, mesti jumpa Vietnam, lawan yang dah tiga kali kalahkan Malaysia di separuh akhir pada edisi lepas. bukan takut tapi kalau laluan ke Final senang, fokus untuk perlawanan Final boleh fokus lebih sikit. betul tak..

Apa yang FB boleh cakap, ayuh Harimau Malaya. tunjukkan belang harimau kita tu..Malaysia Boleh!!   jangan lupa tengok siaran langsung Malaysia vs Kemboja Ahad ni, 13/11/11..Aum! aum! aum!

Wednesday, July 27, 2011

Misi hidup mati Malaysia vs Singapore

 Sumber Google Image

Hai reader..hari ini skuad bola sepak negara kita akan bertemu dengan Singapura. korang tak rasa bahang kehangat perlawanan ini ke? perlawanan ini memang misi hidup mati skuad Malaysia yang sekarang ketinggalan 2 jaringan kepada Singapura. kepada yang masih blur kebingungan lagi, skuad Malaysia kita tewas 3-5 semasa 1st leg tempoh hari. jadi, walau macamna sekali pun Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk layak ke pusingan seterusnya.

Situasi macamni pasti memberi tekanan yang tinggi kepada skuad negara kita..apa-apa pum tahniah buat penyokong kerana sebanyk 85000 tiket sudah habis dijual setakat tengahri semalam. dengan sokongan padu penyokong Malaysia, tak mustahil Malaysia akan memadamkan defisit 2 gol itu..

Ketiadaan Kapten Syafiq Rahim amat dirasai kerana midfielder kreatif kita ini dilayangkan kad merah pada perlawanan sebelum ini. pun begitu, pengganti yang tidak kurang hebatnya iaitu Ismail Faruqi pasti akan melenyapkan nasib malang ini kerana midfielder Terengganu ini telah menunjuk prestasi yang memberangsangkan pada perlawanan 1st leg tempoh hari.. ditambah penyerang berbisa Malaysia Safee Sali, bahagian tengah hanya perlu kreatif dan menguasi kawalan bola untuk menghantar ke penyerang berbisa kita.

Siapa yang akan menjadi Kapten Malaysia masih menjadi tanda tanya. dengan kembalinya pertahanan Aidil Zafuan dari kecederaan, peranan kapten mungkin digalas beliau. pun begitu Safee Sali juga antara pemain yang dilihat bakal memakai lilitan kapten itu setelah menunjukkan sikap pemimpin pada perlawanan tempoh hari. dengan ketajaman beliau, beliau layak untuk dijadikan ketua pasukan Malaysia yang mengatakan perlawanan kali ini adalah perlawanan terbesar dalam karier beliau.

Apa-apa pun. berjuanglah habis-habisan. harap-harap dapat layak ke pusingan seterusnya. yang penting 2 gol dan disiplin mesti tinggi.. Malaysia Boleh!! hidup Malaysia!!

Wednesday, July 20, 2011

Penentu status bola sepak Malaysia - Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia


hai readers..sihat? yela sekarang ni kan cuaca panas. mesti orang pakat ramai yang demam( lorat Kedah). nak tidur malam  susah.berpeluh-peluh dibuatnya. biasalah rumah tak ada aircond..pastu ditambah pula udara tak berapa nak bersih.Bersih? sensitif tuuu..hahaha..maksud FB udara sekarang agak kotor atau jerebu.. adoiii..kena mengena apa dengan semua ni...ini demam lain lah..hahaha

ini demam bola sepak Malaysia lah. bola sepak Malaysia sekarang tengah demam panas ni. korang tak demam jugak ke. demam kura ke demam kepialu ke.haha..FB baru ja lepas baik demam ni. yela Malaysia vs Arsenal dan Liverpool baru ja habiskan..tapi kali ini lebih dasyat. perlawanan Malaysia yang lebih bermakna dan penentu status bola sepak negara kita. bukan setakat demam lah. tak tahu nak cakap macamna.hehehe..

so sebagai rakyat Malaysia, mari kita tunjukkan rasa cinta terhadap negara kita.  jom pakat serbu stadium tengok Malaysia vs Singapura. pakai baju kuning tau. jangan pakai baju kelab-kelab lain pula. tergadai ooo maruah..hahahha..ada ke patut pergi tengok Liverpool vs Malaysia pakai baju Liverpool..haishhh...tapi for sure lah lawan Singapura nanti semua pakai baju Kebanggan Malaysia. hehehe..tapi Kuning ke Biru???


tak kisahlah baju kuning ke biru ke, janji kita pakai masa dekat Stadium National kebanggan kita Bukit Jalil.. lupa sekejap tuah baju biru dan tuah baju kuning.janji bukan baju putih merah OK!!. apa yang penting sekarang semangat kita untuk menyokong bola sepak negara kita tu naik macam sokong kelab EPL sesemangat FB sokong Arsenal..hahahha..

kepada yang masih tidak tahu aka blur mengenai perlawanan Malaysia vs Singapura, mai FB nak story sikit. pada 23 dan 28hb Julai ini merupakan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan ke-2. dekat Singapura 23hb manakala di stadium keramat kita 28hb iaitu hari khamis. mudah-mudahan kejayaan menyebelahi kita dan lepas tu bulan puasa selamat berehat selamat berpuasa Harimau Malaya.hehehe

untuk penyokong Malaysia, persediaan yang kita perlu buat tak seteruk skuad bola sepak kita. training ke apa ke tak perlu semua tu.. kita hanya perlu penuhkan stadium je. bagi gamat dan gerun sikit kat Singapura..hahahaha..mcmna nak penuhkan kita hanya beli tiket yang berharga RM30 untuk free sitting atau RM50 untuk Grandstand. tiket boleh didapati di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam dua hari sebelum perlawanan bermula..penuh macamni boleh takkk??? hahahha


mudah-mudahan Malaysia menang pastu bolehlah berangan-angan untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil..hahahhaha. Aminnnn

Thursday, July 14, 2011

Arsenal Asia Tour 2011 - Malaysia XI and China

hai readers..minat bola tak. kepada peminat EPL terutama peminat Arsenal, FB nak tanya ni, korang pergi tak tengok game Arsenal vs Malaysia. yang pergi tu mesti best kan. yang tak pergi tu rugi oooooo..hahaha..ramai star Arsenal datang. Robin Van Persie, Samir Nasri, Theo Walcott, Jack Wilshier dan ramai lagi.hehe..FB puas gila dapat tengok cara diorang main bola. buat masa sekarang Malaysia agak jauh ditinggal Arsenal.hehehe..maaf ye..

keputusan Arnal vs Malaysia ialah 4-0. pasti semua orang dah tahu kan. sebagai rakyat Malaysia, mestilah FB sedih plus kecewa. tapi nak buat camna kan. memang Arsenal tu terer. hahahha..tahniah kepada penyokong Arsenal yang hadir ke Stadium Bukit Jalil. memang ramai lah. hamipr 70000 peminat arsenal dayang membanjiri stadium. bangga gila FB dapat jadi salah seorang peminat arsenal. hehe..ni jom enjoy sikit gambar FB semasa di stadium Bukit Jalil a.k.a masa tu Stadium Emirates.hehehe

  Result Arsenal vs Malaysia..huhuhuhu..Mana satu ni nak sokong!! minat Arsenal tapi Negara tak leh dilupakan..

  Arsenal Forever!!!

                                                           Three different Arsenal home Kits

                                                                     Hidup Arsenal!!

                                                          We are Gunners Die Hard Fan!!

                                                 dah tahu sapa yang akan menang..hahahaha


                               Season depan Arsenal Champion EPL!!!hahahahah..

     

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Undian Kelayakan Malaysia - Olimpik London 2012

hai readers..sekarang ni demam bola sepak Malaysia menjelma balik. petanda kebangkitan Malaysia semakin dirasai. sekali dengan FB rasa.hahha..mana taknya, pasukan olimpik layak ke pusingan kelayakan top 12, pasukan piala dunia masuk ke pusingan ke-2 kelayakan sejak sekian lama..dan yang paling best, 3 gergasi bola sepak English Premier League (EPL) akan bertandang ke Malaysia untuk bertemu dengan Malaysia. tak ke hebat ke namanya.hahaha..

macam lari tajuk pula kan..emm readers tengok tak game Malaysia lawan Lebanon. kalau tak tengok agak rugilah. memang mendebarkan. ingat Lebanon tu calang-calang pasukan ke. beza ranking dengan Malaysia, Lebanon tinggal Malaysia jauh tu.huhu..tapi tak apa, yang penting sekali Malaysia berjaya tewaskan mereka dengan aggregate 2-1. hahaha..tahniah buat pasukan olimpik Malaysia. confirm nanti FB pergi tengok games Malaysia di Bukit Jalil..hahahah..

Sumber Googel Image

dah tengok ke..huhu..macamna komen..di undi dengan Jepun kot. ditambah Bahrain dan Syria. nak masuk olimpik kena jadi juara kumpulan. memang kena jadi giant killer lah lepas ni Malaysia. dapat number 2 pun ok. main play-off nanti, main bermatian-matian.hahaha..harap-harap semau berjalan lancar nanti. main dengan gergasi Asia, famous balik lah nanti pasukan bola sepak Malaysia nanti.hehehe =)

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!

Saturday, March 12, 2011

EPL Masters 2011. Legend EPL datang Bukit Jalil


hai readers..hari ini FB nak pergi bukit jalil. untuk apa? untuk lihat bekas-bekas pemain English Premier League aka EPL berentap  6 sebelah. EPL Master ini bermula pada pukul 12 tengaahari sehinggalah petang. kena kuatkan diri ni. xpa FB dah ada pengalaman di Rentap Futsal.hehehe..Ledend-legend seperti Dwight Yorke, Andy Cole, Jaap Stam, Ronnie Jonhsen dan Jesper Blomqvist hadir bagi memeriahkan acara ini. semestinya penyokong Manchecter Utd datang bagi melihat bekas bintang mereka..hahaha..skema.

pasukan yang terlibat ada Manchester Utd masters, Liverpool sisters, EPL all stars masters dan Malaysian Masters. yang bestnya malaysia pun ada wakil.hehehe. Mereka akan berentap untuk menentukan kejuaraan EPL Masters edisi kali ke 3 ini. untuk edisi lepas, Manchester Utd master telah dinobatkan juara. hehehe..sudah pasti FB pergi untuk shoot gambar. maklumlah ada DSLR.hahahah..jangan jealous. mana nak tahu dapat bergambar dengan legend EPL. sapa tahu..hehehe

* Arsenal Masters tak ada ke..huhu



Saturday, February 26, 2011

Final Pertama Arsenal Sejak 6 tahun..Wembley.!!




hai readers..lama sudaa FB x update FahmiE Blog ni..u guys semua rindu FB x? soalan poyo..hahaha..so, sekarang FB nak cita pasal team bola yang paling FB minat sejak form 2 lagi..haha..esok ahad 27hb, Arsenal mempunyai perlawanan genting bertemu Birmirham City. nampak mcm match senang tapi final tu!! mentality mesti lain punya lah..

Final ni mesti menjadi satu perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Arsenal. utk FB confirm2 lah..tunggu esok nak pergi tengok LIVE!! hahaha..dah a final ni yang pertama sejak 6 tahun..agak lama lah..last Arsenal menang piala masa FB form 5..fuhh agak lama ah..If Arsenal menang, arsenal akan menjulang PIALA CARLING!! walaupun piala ni x sepenting Premier League, tapi if menang, tentunya menjadi pembakar semangat utk player2 Arsenal untuk menang piala lain seperti EPL, UCL, FA Cup..banyak tournament lagi yang Arsenal boleh menang if power. semuanya bergantung pada Final pertama Arsenal ni. if menang mesti bertambah semangat!! Hidup Arsenal!!


Apa lagi..jom kita ramai2 pergi tonton Perlawanan Akhir Carling Cup ni..meriahkan suasana..pakai baju merah putih k..hahahaha..jommmmmmmm

Thursday, February 10, 2011

Futsal Jommmm...

 
Hai readers..petang-petang yang redup ni readers buat apa?? jom lah ikut FB main futsal.haha..Untuk kali pertama sem ini, FB rasa teringin nak main plak. di tambah kawan-kawan rumah ajak, apa lagi terus follow. tadi FB dengan housemate pergi bermain di Sport Planer Shah Alam. Walaupun futsal selalu orang main malam, tapi petang tadi agak ramai jugak lah. yang bestnya waktu petang, rate yang di kenakan murah berbanding rate malam. cuma petang panas skit lah..hehehe

Setelah sekian lama tidak bermain, agak kurang biasa lah. hehe. tapi mujur semalam joging, tak lah rasa penat sangat main tadi. Stamina masih steady ok. Tadi sejam non stop..hehehe..overall best and fun lah. Selepas main tadi, rasa nak main lagi lah pula. maklumlah main tadi agak best. score 2 gol pulak tu. thank u kepada Fitri Karim dan Azhar Safwan kerana assist dekat FB. hehe..Tu lah FB kata tadi, lepas main tadi, rasa nak main lagi lah pulak. hehe..apa lagi reader2 sekalian, jom kita set main futsal. gathering main futsal. ok x cadangan FB.hehe..apa lagi,, jommmmmmmmmmm!!!

*roger2..hehe

Sunday, October 10, 2010

is it a joke rafael van der vart??


Rafael van der Vaart has said today that if Arsenal would have came 12 months ago, he would have jumped at the chance of joining them! To add to this he said spurs made an approach along with other clubs but he declined them, effectively saying they weren’t good enough! Arsenal however were among a host of special clubs. It’s such a waste him playing for spurs now, I’m sure we would have loved him at The Emirates.

“I would have moved to Bayern Munich, but they weren’t interested,” he told the News of the World.

“Arsenal? Yes of course, that would have been fantastic.

“When Madrid sold Arjen Robben (to Bayern) andWesley Sneijder (to Inter Milan) they asked me whether I would like to stay – I would even get my No. 23 shirt back.

“What I went through is part of football – but it wasn’t nice. Football is best when you’re 10 years old.”

You sort of get the feeling that he’s not loving football at the moment, and to be honest the worse he plays, even little chance spurs have for winning matches, so all is good! Realistically however, it would have been nice to have him in the team, but we couldn’t and can’t really fit another attacking midfielder into the squad right now, to add to his high wages; we have Nasri, Arshavin, Rosicky and Wilshere. Yes I know currently Wilshere isn’t playing attacking midfield at the moment, but ultimately when Fabregas leaves that’s where he’ll be, which albeit is central midfield but more advanced.

Sunday, July 25, 2010

EPL start 14 Ogos - Clash of the RED- Arsenal vs Liverpool


hellooo guys..lama x update blog ni..huhu..pada visitors yang selalu singgah kat blog ni,,sori k..hehe..aku sibuk skit 3 4 hari ni..awek aku datang shah alam sabtu hari tu..hehe..suka sangat sampai xdak masa nak berblog2 ni..skang dah free bleh lah karang sesuatu..hari ni aku nak cita pasal benda common je.bagi lelaki sangat2 lah common..hehe..sapa lah xtahu pasal bola kan..hehe..semua tahu..

korang semua minat bola x? epl tengok x? tahu epl tu apa..perempuan mesti kurang skit bab2 ni..EPL ni stand for English Premier League. Tapi skang BPL (Barclays Premier League).Season baru yakni 2010-2011 officially start 14 ogos ni..game paling menarik confirm2 lah Arsenal vs Liverpool..korang sokong mana ek?? btw aku ni fan Arsenal..sapa yg x suka mintak maaf lah k. mesti fan liverpool or man u je yang x suka ni.,hehe..man u vs newcasle je.club yang baru naik ke EPL..tapi newcasle tu,, bkn calang2 club..hehe..tapi apa yang penting skang Arsenal vs Liverpool..hehe

benda yang paling penting kat macth Arsenal vs Liverpool ni mestilah sapa yang akan menang.betul x..tapi pada kaki2 bola mesti nak tahu pasal player2 yang akan main..contoh Arsenal.setakat skang ni diorang dah sign 2 player baru dah..sapa lagi, Marouane Chamakh ngan koscielny..hehe..antara top player masa kat french league season lepas..pada musuh2 arsenal,,jangan goyang k..hehehe..

apa-apa pun kita tunggu epl start. 3 minggu ja lagi ni..pada yang btul2 fan club masing2, mesti tgh xsabar sangat.skang macth friendly pun mesti korang layan je kan..hehe..sama lah macam aku..takat skang Arsenal menang ngan Barnet pastu ngan Grum..Nasri player Arsenal paling menyerlah..hehhe..suka aku..Jom ramai2 saksikan game EPL nanti..sapa plak akan champion.yang pastinya bukan man u,liverpool, cheasea..Abis tu sapa? Pkir2 lah sendiri k..

Wednesday, July 14, 2010

Adios Africa Selatan..Welcome Brazil..World cup 2014 Host

Logo World Cup 2014 Brazil


Hellloooo2..siapa xtau lg sapa champion weorld cup 2010? Spain lah kan.kuasa baru bola sepak skang..sekarang demam bola sepak pun smakin berkurang. tahniah kpd host 2010 iaitu Africa Selatan, negara Africa pertama yg mnganjurkan world cup.bkn calang2 event wa ckp lu..
Tahniah skali buat Africa selatan..sekarang kita boleh ucap sayonara buat mereka dan WELCOME to BRAZIL!!! Kalau nak tahu,, Brazil adalah host world cup edisi akan dtg iaiti pda tahun 2014. Brazil selaku World cup champion sebanyak 5 kali pastinya akan menganjurkan edisi yg paling2 grand sekali. Dan dgn mjadi CHAMPION di bumi sendiri lah akan menjadikan hadiah terbaik buat merka..


Bye-bye South Afrika..See at Brazil//hehe..
Nnt kita ramai2 tgk world cup 2014 Brazil plak ye..hehe..sekarang jom imbas pasal WC2010 plak..demam xabis lg sebenaq nya ni..hehe

Seperti yg korang tahu,,Spain lah Champion..Tp aku sedih lah..Aku fan Holand.tapi xpa.Minat kt Holand xsama mcm minat kat Arsenal..haha..Apa yg pasti skang smua result pasal wc ni kita dah tahu..btul kan..pada kaki2 bola mst ada yh suka dan sedih..haha..termasuk lah aku sendiri..dari awal layan world..sampau abis..siap ada poster pasal match wc lg..haha



Ni time spain tgh celebrate diorang punya kejayaan..xdak apa yg lbh bnilai bg diorang ni melainkan World Cup ni..ni first time diorang champion world cup..4 tahun sekali tu event ni..bkn senang..



Sapa yg berada dlm squad yg menjuarai World cup,,nama diorang akan jadi Legenda..sapa xmau..World of Fame..



kpd fan2 Holand,,jgn sedih..tggu edisi akan dtg..mmg lama..tp nk buat cmna..perit player Holand lg teruk dari kita tau x..cool k..hehe



Germany...Germany mmg team yg giant..beat England, beat Argentina..mmg power..tp sayang..bila masuk semi final, diorang xdpt kawal tekanan mental tu..tlalu byk harapan pon xleh gak..diorang still takat semi final je mcm edii 2006 dlu..huhu..anyway congrate to germany coz dpt nom 3..jadi lah..

Saturday, July 10, 2010

Who will Win World cup??


Hello guy..kebetulan time skang tgh demam pasal world cup..So, benda ni jd point utk write blog..Who will win world cup. Spain atau Holand? Pada sapa2 yang xtahu or xpnh tahu,,Spain akan berentap bertemu Holand dan pemenang akan membawa pulang piala dunia 2010 di Stadium Soccer City di Johannesburg, Afrika Selatan.
Perlawanan akan diadakan pada tarikh 11 Julai 2010. Kapten pasukan mana yang akan menjulang Piala ini? Agak2 sapa? Iker Cassilas for Spain atau Bronchost Van Geovanni for Holand. Smuanya akan terjawab nnt..
Paul,sotong yang slalu ramal sapa menang, meramalkan Spain akan menang Piala Dunia kali ini. Tapi boleh ke kita percaya bulat2? Apa saja boleh berlaku. Bola tu bulat dowh..
Sy pasti banyak yg yakin yg Spain akan menang kali ini. Tapi harus diingatkan, Holand telah kalahkan Brazil iaitu juara lima kali piala dunia ni. Ini adalah suntikkan semangat utk mereka utk bermain dengan lebih yakin dan smangat.

Apa lagi, jom kita tgk aksi final piala dunia ni. Sokongan pasukan kegemaran korang k. Oh oh oh hooooo ..