Showing posts with label Artis popular. Show all posts
Showing posts with label Artis popular. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Usop Wilca paling popular - Soley soley

hai readers. menunggu entry FB ke.hehe..ni haa FB dah datang. em best tak ek jadi orang popular ni. dapat apa ek jadi popular selain publisiti. cuka korang bagitau FB. em dekat Malaysia ni sapa orang yang paling popular. mesti lah Perdana Menteri kan. kalau dicampur artis, personaliti sukan, menteri dan sebagai nya, sapa ye agak-agak yang paling popular.hehe..

tapi kali ni FB nak cakap pasal Si Usop Wilca. selepas aksi terbaik dan lawak pada filem Hantu Kak Limah Balik Kampung, populariti Usop Wilcha terus naik. korang tahu sapa tu Usop Wilcha. hehe..dia ni nak cakap pelawak bukan lah, tapi lawak dia menjadi-jadi pada filem Hantu Kak Limah. memang FB tak henti-henti FB gelak.

watak Usop wilca ni adalah dilakonkan oleh Syed Mohamad Asri dan ia ternyata begitu berkesan terhadap orang ramai. trademark tangan goyang tu dah ramai orang ikut. tahniah tahniah tahniah kepada  Usop Wilca dan pengarahnya Mamat Khalid. ni kat bawah sedutan pengumuman artis paling popular di ABP2010



so camna. memang tak henti gelak kan.hehe

Anda Baca Fahmi Suka~~

Wednesday, April 6, 2011

Sam Shaheizy lelaki kacak?

hai readers..masih ada aura ABP lagi ke..hhehehe..mesti semua dah tahu kan sapa pemenangnya. mesti lah Sam Shaheizy kan. emm FB yakin bagi kaum perempuan mesti suka tersangat-sangat dan ada yang jatuh hati kat si Sam ni. betul tak?? hehe..bagi kaum lelaki biasa je lah kan. tapi mesti ada yang nak tiru gaya Sam.kan kan..hehehe

handsome ke Sam ni ek. handsome kat mana tu. em adakah dekat gaya dan penampilannya. atau cara stylo dia yang funky, nampak ganas tu. atau gaya lakonannya. sekarang macam-macam watak dia bawak. kira versatil lah dia ni. hehe..lawak boleh ganas pun boleh. yang besnye semau menjadi kalau Sam berlakon. kan..hehehe..tak hairan lah Sam boleh menang award paling besar sekali kat ABP tu. hehe..tahniah Sam!!

tapi bagi FB, apa yang buat FB respect sangat kat Sam ni adalah dia bawak ibunya iaitu pelakon Mama Katy. FB sangat terharu dan terus tingat mama FB kat rumah. rasa macam nak peluk cium mama FB gak.hehehe..memang respect lah. peluk cium dikhalayak ramai kot. mak sapa yang tak bangga kalau anaknya buat camtu depan orang. betul tak??


 masa naik pentas siap bawak ibunya naik ke pentas lagi. memang FB respect. bilalah FB leh buat camni kat mama FB ye. tingin nak bagi mama FB bangga dengan diri FB..heheeh..apa-apa pun sekalung tahniah buat Sam Shaheizy kerana berjaya dalam bidang dan berjaya buat orang puas hati dengan lakonan anda..hehehe

em pada pendapat korang, Sam ni jenis lawak ke atau serius?? mana lebih menjadi

Anda Baca Fahmi Suka~~

Monday, April 4, 2011

Lisa Surihani wanita tercantik di Malaysia?

hai readers..sihat ke..semalam ada tengok tv tak. em cita apa yang korang tengok. cer cita cer cita..em kalau tengok ABPBH mesti dapat tengok Lisa Surihani kan.hehe..FB pun tengok semalam.yelah dia kan tercalon sebagai pelakon filem wanita popular, siap menang lagi tu..naik stage mestilah nampak kan.hehheheh..
FB tengok dia memang ayu cantik dan mempersonakan..pehh sejuk hati mak kalau dapat buat bini..hahhaha..tapi dah kena book. melepaslah kita..huhu..


ni gambar Lisa Surihani yang cantik rupanya tu..memang cantikkan..hehheheh..saja FB nak gosip2 skit.jahat tak ek..bercerita mengalahkan perempuan..hehehheh..lepas menang pelakon filem popular, FB rasa rezeki Lisa Surihani ni mesti bertambah-tambah ni. maklumlah artis paling popular. sapa lah tak mahu ambil sebagai pelakon dia kan..hehehhe..apa-apa pun selama maju jaya Lisa =)

Anda Baca Fahmi Suka~~

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian - kepetusan penuh ABPBH

hai readers. semalam tengok tv3 ke tak ek.hehe..terhibur tak. dah tahu sapa bintang popular tu. mesti lah tahu kan. hehe..Sam Shaheizy samad lah kan. pada kaum wanita tu mesti terpegun terpesona melihat si Sam ni. maklumlah muka handsome.hehe..em tak kan tengok Sam je kot. yang lain. kaum lelaki FB tahu korang tengok sapa. mesti tengok Lisa Surihani kan.hehe..cantik anggun dan menawan. FB pun suka tengok. tapi FB suka Ana Rafali lagi.hehe..


kali ini buat julung kalinya ABP menggandingkan artis komedi sebagai pengacaranya. memang tak kering gusi FB tengok. mereka tak lain tak bukan Zizan raja lawak, Raja Azura dan Sharifah Shaheira. hehe..pengaruh lawak terus gah ambil pot utk edisi kali ini apabila gandingan artis raja lawak membuat persembahan. mereka memberi persembahan dengan menyembahkan lagu tradisional versi lawak.heheh..dan yang paling FB suka ialah Usop Wilcha iaitu dalam Hantu Kak Limah balik kampung. hahaha..lawak abis..

berikut adalah keputusan bagi ABPBH 2010 semalam

Keputusan penuh ABPBH2010:
1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak (pergh. mesti fight dengan Shaheizy Sam)
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam

Saturday, April 2, 2011

Super Junior. Siapa tu??

hai readers..em FB nak tanya satu soalan. Siapa tu Super Junior. kenapa sejak dua menjak ni FB selalu dengar pasal super junior. kenapa super junior ni menjadi kegilaan wanita sekarang ni. hebat sangat ke diorang ni. em hebat kat mana ek? boleh korang bagi pandangan sikit pasal super junior ni..

setelah FB buat kaji selidik, Super Junior ni adalah band berasal dari Korea. ia terdiri dari 13 orang ahli. antara band terbesar yang mempunyai ramai ahli. selain kebolehan menyanyi, mereka juga boleh menari malah memang expert menari. tapi semakin dalam FB mengkaji, mereka ni FB tengok macam lembut pun ada. Betul tak ek?? ahhaha..apa yang membuatkan ramai wanita suka sangat kat diorang ni. nak kata handsome, handsome macam orang korea je. nak kata comel, comel ker.?? nak kata badan tough, ada yang kurus. susah lah nak buat judgement.huhu. Em semasa buat kajian pasal SS ni, FB terjumpa gambar ni


Setelah panas telinga dengar pasal SS ni, akhirnya FB kenal jugak siapa diorang ni..ehhehehe..Emm handsome ker. comel ker. tough ker..biasa je. kenapa diorang ni menjadi kegilaan wanita. dasyattttttt. apa-apa pun tahniah kerana berjaya buat orang diseluruh dunia meminati anda SS. bagi FB, FB berkenan dekat rambut je ngan menari diorang je. yang lain out. comel? handsome? FB comel lagi..hahahaahah..

*jangan lah sampai gila sangat-sangat. diorang bukan kenal kita pun..hehehe

Anda Baca Fahmi Suka~~