Pernah ke readers sekalian membuat pelaburan?? x kisah lah pelaburan jenis apa pun.asalkan pelaburan. pelaburan adalag satu platform yang pasti memberi kita manfaat satu hari nanti. cuba-cuba lah ye. banyak cara yang kita boleh melabur. contohnya ASB dan EMAS!! FB pasti ramai diluar sana sudah tahu apa itu ASB dan EMAS tapi ramai yang tidak tahu manfaat kedua-dua jenis pelaburan ini. walaupun tidak sebesar mana profit yang kita dapat, sekurang-kurangnya kita dapat daripada tidak dapat, dan yang paling kita mempunyai simpanan sendiri!!! Hehehe
FB tahu mesti ramai yang sudah mempunyai akaun ASB. pelaburan yang senang untuk kita serta. tetapi untuk Pelaburan emas readers sekalian tahu x?? any idea. dari kajian FB sendiri, ramai yang mengatakan EMAS lebih menguntungkan dari ASB. sejauh mana kebenaran ini? kenyataan inilah yang ingin FB tahu.
Dari sumber web yang FB baca, memang banyak yang mengatakan emas lebih menguntung kan. Sebagai bukti, harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008. Pada 18/7/2001 harga emas adalah sekitar RM1082.00. Selepas 7 tahun, iaitu pada 17/6/2008 harga emas melonjak ke RM3048.00!! Kenaikan 181.70% !!! Jadi, purata kenaikan setahun ialah 25.95% !!! Jika hendak dibandingkan dengan ASB purata pendapatan dividen dalam setahun adalah sekitar 8.5% ke 9.00 %. Ini membuktikan yang pelaburan emas agak berbaloi jika hendak dibandingkan dengan ASB.
VS
So sekarang, you all rasa yang mana lebih berbaloi. ASB atau Emas?? FB harap readers dapat memberi sedikit tips dan share serba sedikit tentang pengetahuan ini. Apa lagi sekarang, jom lah melabur..Selamat Mencuba!!


No comments:
Post a Comment